Sumbangan Ke Persatuan Autisme Lawatan Ke Wad Kanak-Kanak Hospital Likas Bantuan Kepada Keluarga Miskin Program Mahabbah Charity SOS di Kg Mansud Kempen PROSAY Di SMK Bongawan

Program Kasih Raya Di Kg Labau

 Pada 5 ogos 2013 yang lepas pihak CSOS juga berkesempatan berkunjung menziarahi keluarga yang dikategori fakir miskin di Kg Labau, Tebobon. Lokasi kampung ini ialah berdekatan (di belakang) Masjid Institut Aminuddin Baki.

Terima kasih kepada Ustazah Nabilah & Ustaz Ithnin yg menyenarai pendek 10 penerima sumbangan makanan asas dan duit raya yg terdiri dr fakir miskin dan saudara baru di Kg.Labau.8 penerima telah hadir sendiri kei Surau al-Islah.Seorang penerima terpaksa dihantar sumbangan ke rumah manakala seorang makcik berumur 80an terpaksa kami wakilkan kpd ustazah/ustaz kerana jalan yg menghubungkan Kg Labau dan rumah makcik tersebut tidak boleh dilalui kenderaan.Berikut adalah nama penerima sumbangan:

1.Mohd Makeril Masdur
2.Mat Lani
3.Herman
4.Rusiah Abdullah
5.Roslin Songkoli
6.Cecilia
7.Junairah Kadir
8.Lusi
9.Jaafar/Anabet
10.Makcik Bukit Permai


Sesi bergambar bersama-sama beberapa penerima sumbangan pada hari tersebut

Program 1A1BR 2013 bersama anak-anak yatim dari Rumah putera Harapan Ranau

Alhamdulillah selesai program 1A1BR untuk anak-anak dari Rumah Putera Harapan Ranau pada 3 ogos 2013. Gambar-gambar semasa membeli belah bersama mereka akan dimuat naik nanti. Terima Kasih pada penderma budiman yang telah bemurah hati menyumbang wang ringgit. Juga kepada penderma yang datang secara kebetulan di Kamdar tadi, Terima Kasih juga diucapkan. Kepada seorang penderma di kaunter tadi yang tidak dikenali tetapi telah bermurah hati menyumbang wang, semoga Allah murahkan rezeki anda. Sekali lagi terima kasih yang tidak terhingga dari AJK Csos.

Sesi bergambar bersama-sama anak-anak RPH di Pusat Beli Belah 1 Borneo Kota Kinabalu

KEMPEN PROSAY DI SMK BONGAWAN DAN SMK BEAUFORT




Alhamdulillah selesai urusan penyerahan sumbangan PROSAY (Program Sumbangan Anak Yatim) pagi tadi (Jumaat 2 ogos 2013 bersamaan 24 ramadhan 1434 Hijrah , semoga dengan pertolongan yang sedikit dari pihak Csos ini dapat mengurangkan bebanan keluarga mereka semasa sambutan aidilfitri yang tidak lama lagi menjelang. Jutaan terima kasih juga khusus buat semua dermawan yang telah sudi menyumbang kepada Csos. Kepada semua sahabat FB saya jika ada keringanan di hati kalian mahu bersedekah kepada anak-anak yatim ini bolehlah salurkan sumbangan melalui Persatuan Berdaftar Charity Csos , kami masih lagi mengalu-alukan sumbangan kalian, Sabda Rasulullah SAW : Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya
kecuali tiga, sedekah jariah,
atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya
Hadis sahih riwayat Muslim
 
Penyerahan sumbangan duit raya bernilai rm50 bagi setiap seorang anak yatim di dua buah sekolah terbabit

1 ANAK 1 BAJU RAYA SIRI II -KEMPEN SEDEKAH RAMADHAN 2013

PROGRAM 1 ANAK 1 BAJURAYA KEMBALI LAGI. HULURKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM KEBAJIKAN INI.

PENERIMA SUMBANGAN: RUMAH PUTERA HARAPAN, RANAU

TARIKH : 3HB OGOS 2013 (SABTU)

LOKASI: KAMDAR, 1 BORNEO.

CSOS AKAN MEMBAWA ANAK2 DARI RPH UNTUK MEMBELI BELAH SEMPENA AIDILFITRI INI, SELAIN BAJURAYA, CSOS JUGA AKAN MENYUMBANGKAN DUIT RAYA UNTUK ANAK-ANAK RPH.

BANTU KAMI UNTUK MENCERIAKAN ANAK-ANAK DARI RUMAH PUTERA HARAPAN



عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 اِذَا مَاتَ الانْسَانُ اِنْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ
 اِلا مِنْ ثَلاثَةٍ اِلا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ
أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُولَهُ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya
kecuali tiga, sedekah jariah,
atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya
Hadis sahih riwayat Muslim


Hulurkan bantuan buat yang memerlukan...Five4aSMILE 2 (Bahagian Dua)





salam / sejahtera

“Five4aSMILE 2” untuk semua warga yang prihatin di luar sana. Sekali lagi kami Charity SOS akan mengadakan program lawatan amal ke wad kanak-kanak ( melur 1 dan 2 ) di hospital kanak-kanak dan Wanita , Likas, Sabah seperti ketetapan berikut : -

TARIKH : 15 JUN 2013 ( SABTU )

MASA : 2.00 PTG – 4.00 PTG

ANGGARAN KANAK-KANAK : 60 PESAKIT ( akan berubah mengikut jumlah pesakit semasa )

AKTIVITI :
- Persembahan badut / silap mata , sculptured ballon
- Pemberian hadiah/goodies bag dari katil ke katil kepada kanak2
yang tidak dapat mengikuti aktiviti di bilik aktiviti
- Beramah mesra dengan pesakit-pesakit
- Bergambar dan bersurai

Sehubungan itu kami amat berbesar hati memohon sumbangan ikhlas dan bantuan berupa barangan seperti di bawah ini bagi menambahkan keceriaan dan menyemarakkan kegembiraan di program ini kelak . Antara sumbangan yang diperlukan adalah

1. SUMBANGAN ANAK-ANAK PATUNG / MAINAN / TOYS YANG BARU DAN SESUAI UNTUK KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR 12 TAHUN .
2. BUKU-BUKU CERITA ATAU BAHAN BACAAN YANG SESUAI UNTUK KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR 12 TAHUN

Sebarang sumbangan berupa barangan di atas bolehlah di salurkan di alamat perkumpulan barangan kepada kami seperti alamat di bawah. AR Laundry , blok A-0-3, Bandar Sepanggar ( bersebelahan dgn Tang dynsty bay hotel ) - 0198703773 Puan Ruby Avent Heaven https://www.facebook.com/aventheaven?fref=ts
atau Sandapak Enterprise , lot 4 blok 25, Bandar penampang baru ( bersebelahan dgn servay supermarket ) 0105409411- Puan Sue HSsouvenier https://www.facebook.com/hssouvenier.weddgift?fref=ts atau
boleh menghubungi ajk-ajk kami yang berhampiran anda . boleh rujuk di www.charitysos.org

SUMBANGAN /DERMA IKHLAS BERUPA WANG TUNAI BOLEHLAH TERUS BERHUBUNG DENGAN BENDAHARI charity sos Puan Lina AdminMabrook E-Store , https://www.facebook.com/adminmabrook.estore?fref=ts

Segala sumbangan yang diberikan hendaklah pada atau sebelum 13 hb june 2013 bagi kami membuat proses pembungkusan kelak
Sesiapa yang berminat untuk join bersama2 aktiviti ini , sila komen di bawah atau msg admint untuk penyediaan nametag …sebarang perubahan akan kami umumkan dari masa ke masa

DIATAS SUMBANGAN YANG BESAR ERTINYA INI KAMI DAHULUI DENGAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH, HANYA ALLAH YANG AKAN MEMBALAS SEGALA KEBAIKKAN ANDA ..
SEKIAN TERIMA KASIH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...